Suriani Ahmad

Yang Berbahagia Datuk Suriani Ahmad (lahir 25 Julai 1968) ialah seorang penjawat awam dalam Kerajaan Malaysia yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM), berkuat kuasa 3 November 2017.[1] Perlantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita termuda yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) dalam jabatan kerajaan. Suriani ialah KSU keempat dalam kalangan wanita dilantik bagi jawatan berkenaan.[2]Berkelulusan dalam Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[2] Suriani memulakan kerjaya profesionalnya di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di mana beliau bekerja sebagai Penyuntinh Eksekutif setelah menamatkan ijazah pada tahun 1993.[3] Beliau pernah bertugas di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang sama.[2] Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Pengarah Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).[2] Beliau pernah memegang jawatan pengarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Pada 1 Julai 2019, Suriani telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).[4]